raya!!
ni raya kedua azah raya di Sydney. nak rasa dekat dgn mama n abah n adik2, dgn telefon je la..
nak buat camana.. dah jauh… mama ada kirim baju raya, amir pilihkan kasut raya, handbag yg sgt cantik, matching dgn kasut
dgn brooch rama2 sepasang kiri kanan… (hehe.. tgk la gamba tu.. > amir)
hari raya di Sydney ni ingatkan selasa jugak, rupa2 nya jatuh hari isnin. awal sehari. tak payah puasa hari isnin
asalnya plan nak pegi Msia Hall, macam tahun lepas, tapi sebab tahun ni Msia Hall buat open house malam selasa, tak dapat lah pegi. maybe sebab sekarang still dlm semester. budak2 belum cuti.. ada kelas lagi.. so, derang buat la petang - malam. malangnya, azah pulak yang ada kelas malam. kelas azah start 4.30 ptg-9mlm. camana?
hari raya pertama tu, kelas petang tu azah ada group presentation. biomechanics case study. 40% of final mark. takleh la main2. malam dpt tau esok raya tu, telefon kak yan. kak yan n suami n 4 anak2 derang ada di Lidcombe, baru 2 bulan, buat phd. so, azah pun dijemput lah ke rumah kak yan. raya la dgn derang.. makan sate, rendang, nasi impit.. hmm. sedapnya!!
anak2 derang kecik2 lagi. aina 10 thn, wawa 7 thn, atirah 5 thn, alif 4 thn (tu la yg gamba kat main page). sume lincah2, seronok layan. wawa bacakan azah buku cerita beauty and the beast, atirah asik berkepit dgn aiskrim dia, tanya itu ini.. hmm.. sweet je.
kitorang tgk citer rapunzel barbie, lepas tu tgk citer robin hood yg kevin coastner berlakon tu. teringat kat nieza, kawan sekolah azah, yg study kat nottingham. dulu masa pergi UK ada nieza bawak tgk istana robin hood tu. sebijik yg dlm movie tu.
hehe.. lpas pukul 2, mintak diri nak balik. anak2 kak yan peluk pinggang azah.. tenggelam..
lepas tu derang kata.. "kurusnya kakak ni!!" hahaha!!! masa pakai baju kurung tak nampak kurus agaknya.. tu la.. mmg azah kalau duduk sendiri dari thn lepas lagi, berat badan turun.. tahun lepas balik kampung, jumpa mak tok, mak tok tegur.. "kecut.. cucu mak tok ni.. " sayu je bunyi nya.. takpe.. yg penting badan sihat.. tak sakit2.. insyaAllah,..kurus ke tidak tu no 2. kan?
balik rumah, salin baju, n pergi kelas. ada presentation. esoknya, ada kelas lagi… begitulah raya saya di sini… tahun ini…
selamat hari raya, maaf zahir dan batin utk semua..
October 26th, 2006 at 4:23 am
kak Azah… Farah pun sedih raya sorang2… well, ada la member and family melayu kat sini tapi sedih gak…
tapi tak kurus2 pun ;P anyway, macam mana nak jadi rajin ek? hehehe… bagi inspirations skit. okayla, take care!
October 26th, 2006 at 4:24 am
opss lupa, selamat hari raya!!! maaf zahir dan batin!
October 27th, 2006 at 11:32 am
selamat hari raya kak azah..
hmm… rasanya nie 1st post dalam bahasa melayu…
spirit raya, kot?
heheheheh
October 29th, 2006 at 5:51 pm
cian Azah =). Selamat Hari Raya dr Malaysia
December 19th, 2006 at 7:43 am
Hi Azah..lamer xlanding kt blog azah..tp serious, azah dh kurus la…nmpk thru gambar2 tue…nevermind, at least sehat..ok azah, take care…